Renungan Pernikahan

"Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis" (Al-Qalam:1)


Wahai SUAMI….
renungkanlah

Pernikahan menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah


Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya
cita-cita menjadi sholehah..
Pernikahan mengajarkan kita kewajiban bersama


Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya

Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah
meluruskannya…

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan ridlo ALLAH s.w.t
kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Ali Bin Abi Tholib

Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SHOLEH….
Amin….

Wahai ISTERI pula…
renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Nabi Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim AS
Tidak setabah Nabi Ayyub AS
Tidak segagah Nabi Musa AS
Apalagi setampan Nabi Yusuf AS

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita-cita
membangun keturunan yang sholeh…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah
penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur
singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya

Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah
memperingatkannya…

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan ridlo ALLAH SWT
kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam
menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SHOLEHAH

Amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Nabi Sulaiman AS

Mengapa mengharapkan suami setampan Nabi Yusuf AS
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Nabi Ibrahim AS
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah….

Komentar

Posting Komentar

Terima kasih sudah membaca....^^